CHONG FEI GIAP

Karya ini diinspirasikan mengenai kampung halamannya iaitu di Seremban, Negeri Sembilan apabila beliau melawat ayahnya. Beliau ingin menceritakan pelbagai suasana yang berlaku di kampung halamannya itu, Walaubagaimanapun, beliau cuba dengan menggunakan medium baru untuk menggantikan cat air iaitu medium digital dan memperkenalkan satu media baru terhadap karya seni tradisional. Dalam penghasilan karya ini, beliau menggunakan perisian 3D untuk menghasilkan bentuk bangunan dan kemudiannya Adobe Photoshop digunakan untuk mengisi warna.

Karya ini sangat menarik perhatian kerana pengkarya pada asalnya adalah seorang artis cat air namun, beliau keluar daripada kepompong seni konvensional dan menggantikannya dengan catan digital. Dalam hal ini, dapat dikenalpasti bahawa pengkarya bukan sahaja berbakat dalam karya cat air malahan beliau berani untuk memanipulasi karya cat air kepada catan digital. Tambahan pula, catan digital yang dihasilkan mempunyai karakteristik yang tersendiri iaitu dari segi warna-warna yang digunakan menjadikan karya tersebut menarik dan terang. Tambahan pula, karya yang dihasilkan pula mempunyai konsep yang berbeza. Hal ini dapat dilihat apabila ia merupakan satu karya yang mampu untuk mengimbas kembali kenangan bagi sesetengah masyarakat terutama sekali bagi mereka yang lahir atau membesar di tempat-tempat yang dilukis oleh Chong Fei Giap.

I BUILT MY SITE FOR FREE USING