Kajian ini adalah mengenai eksperimentasi teknik dan proses karya seni interaktiviti dalam elektronik dengan menggunakan pelbagai jenis medium yang berunsurkan teknologi iaitu catan digital. Interaktiviti adalah sesuatu yang dianggap indah yang mengandungi nilai-nilai estetik berdasarkan tafsiran atau sesuatu tindakan audien tidak kira sama ada pada karya yang berbentuk 2D dan 3D. Catan digital pula adalah satu hasil pemprosesan data yang direka dengan menggunakan komputer.

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti konsep catan digital dan seni interaktif, menentukan perisian yang bersesuaian dalam persembahan seni interaktif. Dengan menggunakan kaedah soal selidik, temu bual, eksperimentasi dan pembacaan melalui sumber internet, buku, jurnal dan artikel sebuah karya interaktif seni catan tiga dimensi(3D) dihasilkan bertajuk Hito yang bertemakan personaliti diri yang berbeza apabila berhadapan dengan situasi yang berbeza.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING