Seni catan boleh dijadikan sebagai suatu perkembangan yang berkait rapat dengan penggunaan dan eksperimentasi dengan menggunakan pelbagai teknik serta pengaplikasian pelbagai bahan atau media yang bukan konvensional seperti komputer dan catan ini adalah dikenali sebagai catan digital.
Catan digital pula adalah satu hasil pemprosesan data yang direka dengan menggunakan komputer. Hasil daripada pemprosesan ini adalah sebuah catan digital yang diolah secara elektronik iaitu dengan menggunakan perisian melukis. Kesan daripada pengolahan yang dipancar pada skrin, satu paparan lukisan yang menggunakan peralatan (tools) seperti pensil, pen atau berus lukisan yang terdapat pada perisian melukis tersebut.
Catan digital yang termasuk dalam kategori seni komputer akan menghasilkan imej yang boleh dipaparkan dalam bentuk dua dimensi iaitu cetakan kertas atau dipancarkan dari komputer. Komputer boleh diintegrasikan dengan proses artistik melalui dua cara iaitu sebagai alat reka bentuk produk akhir.