Seni interaktif terhasil daripada pengaplikasian dan teknologi. Seni interaktif dalam erti kata lainnya adalah bentuk seni yang melibatkan audien dalam penghasilan sesebuah karya untuk mencapai konteks yang disampaikan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya mencapai objektif karya mereka dengan hanya membiarkan audien memerhati dan melawat di sekeliling karya.

Seni interaktif dapat dibezakan dengan pergerakan dan tingkah laku oleh audien yang secara tidak langsungnya memberi satu tindak balas yang memberi ransangan kepada karya tersebut. Sesebuah karya itu akan menjadi sebuah karya seni interaktif apabila terdapat penyertaan daripada khalayak yang merupakan bahagian yang paling utama dalam karya seni.

Hal ini, audien sendiri adalah penyebab karya tersebut berubah. Dalam penghasilan seni interaktif, pengkarya bukan sahaja mementingkan visual atau bunyi kepada audien namun, interaksi antara audien dan karya juga merupakan perkara yang paling penting dalam sesebuah karya.

I BUILT MY SITE FOR FREE USING