Berikut merupakan final artwork saya dimana saya menggunakan teknik-teknik yang telah saya pelajari. Saya menetapkan tema yang sama dalam final artwork saya iaitu realisme. Alatan yang saya gunakan ialah berus soft round, berus hard round, watercolour build up dan berus soft round left hand pose. Saya juga menggunakan alat smudge dimana setiap warna dapat disatukan supaya tidak kelihatan janggal. Warna yang saya gunakan adalah warna-warna panas yang berunsurkan kuning, jingga, perang dan merah. Namun begitu, saya memilih warna-warna yang lembut untuk mempelihatkan warna kulit wajah. Pengunaan warna hitam dan putih juga adalah penting bagi memperlihatkan tona warna pada lukisan tersebut. Warna hitam lebih digunakan pada bahagian yang lebih gelap bagi menunjukkan bahagian yang kurang pendedahan cahaya. Manakala, warna putih juga digunakan pada bahagian yang terang dan dapat menunjukkan bahagian yang terkena cahaya. Dengan penggunaan warna hitam dan putih sebagai tona warna maka lukisan tersebut secara tidak langsung dapat dilihat seperti lukisan 3D. Warna sejuk juga digunakan di bahagian skarf. Penggunaan warna hitam dan putih juga amat penting bagi menunjukkan alunan pada skarf figura tersebut.
Buli siber merupakan satu permasalahan yang besar walaupun isu ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Hal ini kerana, buli siber ini berlaku secara alam maya seperti telefon bimbit, komputer riba, dan pelbagai lagi. Tambahan pula, dalam era globalisasi ini kewujudan internet lebih memudahkan masalah ini menjadi semakin rancak sehingga ke seluruh dunia. Menurut McKenna & Barge (1999), internet dan telefon bimbit merupakan satu teknologi baru yang dapat menyediakan beberapa manfaat seperti komunikasi yang lebih baik, memberi pendedahan informasi yang lebih mendalam dan dapat mewujudkan hubungan sosial antara individu dan masyarakat luar (Henderson & Meluncur, 2004). Walaubagaimanapun, media sosial telah menjadi medium yang paling luas dalam penyebaran buli siber ini kerana ianya tidak boleh dibendung atau dikawal. Selain itu, media sosial lebih bersifat terbuka. Hal ini menyebabkan tanpa disedari netizen sendiri boleh terjebak dalam kancah buli siber hanya dengan menekan satu butang “like”, “retweet” atau “share”. Ybarra & Mitchell (2004) mendapati bahawa golongan remaja merupakan golongan yang sering menunjukkan tingkah laku yang agresif di alam siber. Bagi mereka, alam siber merupakan satu platform terbaik untuk melakukan aktiviti agresif kerana mereka menganggap alam siber tersebut merupakan ruangan yang paling selamat untuk membalas dendam atau melakukan perbuatan jahat dengan menggunakan nama palsu (King, Walpole, & Lamon, 2007). Kenyataan ini disokong oleh Kowalski & Limber (2004), yang menyatakan bahawa laman sosial, telefon bimbit dan teknologi lain digunakan untuk mengugut seseorang dengan menggunakan nama yang direka untuk menyebarkan khabar angin, menghantar mesej atau video yang memalukan, menebar fitnah dan lain- lain. Aktiviti ini digelar sebagai buli siber (cyber bully). Ia boleh didefinisikan sebagai penggunaan dengan niat, pengulangan maklumat, publisiti maklumat yang dihantar, ketidaktahuan tentang pembuli dan teknologi maklumat yang berbahaya (Ibrahim, 2010). Secara keseluruhannya, buli siber merupakan tingkah laku manusia yang pada dasarnya dengan niat untuk merosakkan individu lain dari segi psikologi dengan menggunakan alat-alat elektronik (Li, 2006), dan penggunaan teknologi maklumat untuk berkomunikasi seperti emel, telefon bimbit, aplikasi seperti Whatsapp, Line, Wechat dan lain-lain serta laman web digunakan untuk menyebarkan fitnah secara berulang-ulang (Belsey, S. Healy & F. Lynch, 2013).
Darjat dan populariti mampu memanipulasi pemikiran dan tindakan serta perbuatan.
Lukisan yang didedikasikan untuk seorang artis tempatan yang bernama Haqiem Rusli.